Wednesday 10 October 2012



Tak Hilang Di Dunia




Laksamana Hang Tuah


Melayu itu ialah bangsa PEDAGANG. Sejarahwan mengatakan bahawa Melayu antara bangsa di dunia yang mempunyai six sense dalam ilmu pelayaran selain daripada Phoenicia, Norseman dan Viking. Dalam erti kata lain, Melayu mempunyai ilmu pelayaran yang tinggi. Sebagai bukti, ambil kisah Magellan sebagai pendoman.

Bukan lelaki yang bernama Magellan ini yang menjadi orang pertama berjaya mengelilingi bumi tetapi Panglima Awang/Hitam atau Enrique yang dilantik sebagai nahkoda kapal selepas kematian Magellan. Setiap orang Melayu yang lain, seperti Panglima Awang/Hitam telah mewarisi ilmu pelayaran, mereka  mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul. Peraka ini banyak membantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia. Dan yang paling penting untuk orang Melayu tahu ialah Palinglima Awang/ Hitam itu ialah seorang bangsa MELAYU. 

Tidak cukup dengan itu, orang Melayu kita pernah sampai ke Madagascar, walaupun bangsa itu hanyalah minoriti di negara yang berdekatan dengan Benua Afrika, mereka merupakan rulling class di sana dengan panggilan Bangsa Malagasy, salah satu daripada rumpun Melayu pada hari ini. 

Tamadun Bangsa Melayu tidak bermula di Melaka seperti mana yang didakwa oleh Buku Teks Sejarah Malaysia. Tamadun Bangsa Melayu kalau mengikut sejarah kontemporari dan telah dibuktikan, ada mengatakan sekurang-kurangnya telah wujud pada abad pertama masihi lagi. Kerajaan Funan dan Champa sebagai contoh. Sekiranya Teori Punt dapat dibuktikan, maka sekurang-kuranya usia Tamadun Bangsa Melayu berusia lebih kurang 4000 Tahun! Sezaman dengan Tamadun Indus di Utara India. 

Bangsa Melayu ialah jurutera yang hebat. Candi Borubudur dibina oleh Dinasti Sailendra, pernah dinobatkan salah satu daripada 7 Keajaiban Zaman Purba. (Gambar di bawah)


Pakar-pakar perkapalan Eropah telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut, ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya. 



Kapal Perang Melayu

Orang Melayu tewas menentang Portugis ketika era kejatuhan Melaka bukannya disebabkan teknologi orang Melayu itu ketinggalan zaman. Sesungguhnya, orang Melayu telah belajar mengenai senjata api ini sudah sekian lama daripada pedagang-pedagang sehingga mempunyai senjata sendiri seperti Meriam Sri Pattani serta Pemuras dan Karga.


Senjata Melayu


Pahlawan Melayu

Daripada catatan Portugis (gambar bawah), mereka menggambarkan bahawa tentera Melaka mempunyai angkatan senjata api dan Meriam mereka sendiri. Saya difahamkan bahawa tewasnya orang Melayu kerana orang dalam yang membocorkan maklumat keselamatan Melaka serta tipu daya Portugis.

Catatan Portugis Mengenai Tentera Melaka


Melayu juga pernah terkenal dengan gelaran Bani Jawi daripada bangsa Arab yang berdagang ke Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu ini. Hal ini kerana mereka percaya bahawa orang Melayu ialah daripada keturunan isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. iaitu Siti Keturah/Qenturah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat seorang sejarahwan Arab iaitu Ibnu Attir. 

Bangsa Melayu mempunyai tulisan asli mereka sendiri. Palavi, Kawi dan Jawi hanya sebahagian daripada aksara orang Melayu namun aksara ini mempunyai penggaruh kuat daripada India dan Arab. Lain dengan Rencong yang dikatakan masih misteri lagi asal usulnya, sesungguhnya tulisan ini pernah digunakan oleh orang Melayu terutama dalam persuratan mereka. 

Aksara Melayu 


Bangsa Melayu juga merupakan bangsa yang kaya dengan emas. Catatan Al-Masudi mengenai kekayaan emas Melayu. Catatan ini ialah mengenai Maharaja Empayar Melayu Srivijaya, seperti berikut:-

"...setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja,para jeneral tentera,para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan."


Empayar Melayu


Empayar Melayu Sriwijaya ialah kerajaan yang paling kuat yang pernah dibina oleh orang Melayu setakat ini yang diketahui dan dibuktikan dalam sejarah. Sebagai contoh, Sriwijaya telah berjaya menyatukan seluruh alam melayu ini daripada Madagascar hingga ke selatan Taiwan berdasarkan catatan Nehru (1963) yang merupakan seorang sejarahwan India. 

Perkara 160 (2) dalam Perlembagaan mentakrifkan Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap dalam bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.

InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment

Masih ad-Dajjal Al-Masih ad-Dajjal ( Arabic : المسيح الدجّال‎ Al-Masīḥ ad-Dajjāl, Arabic for "the false messiah "), is an evil...