Thursday 4 October 2012


Muslim Nazis




Semasa Perang Dunia ke 2, beratus-ratus malah beribu-ribu muslim telah mendaftarkan diri dan menyertai pasukan Nazi Jerman, jika diikutkan pada fakta sejarah ramai masyarakat muslim yang ikut serta dalam perjuangan ini, majoritinya adalah berasal dari Soviet Union dan berhasrat untuk memerdekakan tanah air mereka di bawah payung Nazi Jerman. Ketika tentera Nazi Jerman menyerang Soviet Russia pada 22 Jun 1941, ramai penduduk di situ menyambut kedatangan tentera-tentera ini sebagai tentera pembebasan tanah air dan mengalu-alukan kedatangan mereka. Di kalangan masyarakat Soviet yang merasakan perlunya sambutan itu dibuat adalah kerana terdapatnya kumpulan/pasukan tentera muslim di dalam tentera Nazi Jerman.


Ramai dari masyarakat muslim di Soviet amat memusuhi dan membenci pendudukan tentera Russia ke atas tanah air mereka. Kebanyakkan dari mereka (golongan muslim) masih mengingati zaman kegemilangan Islam pada ketika di bawah pemerintahan Khans, Khalifah dan Sultan yang adil dan saksama sebelum pemerintahan itu jatuh ke tangan Czar Russia pada abad ke 17 dan 19. Tetapi, ketika kejatuhan empayar Czar semasa Revolusi Bolshevik, masyarakat muslim pada ketika itu mempunyai peluang untuk membangunkan semula dan membebaskan tanah air mereka dan secara tidak langsung dapat membina empayar islam semula dengan bantuan dari Empayar Turki dan Jerman. Tetapi segala-galanya tidak berlaku mungkin kerana tiada sebarang tindakan dibuat oleh masyarakat muslim pada ketika itu.




Di Caucasus, tentera Islam adalah terdiri daripada masyarakat Azeris, Ajars dan Caucasus Muslim dan dibantu dari tentera Muslim dibawah kuasa Nuri Pasha, Turki. Pada Disember 1941, satu memorandum yang diklasifikasikan sebagai rahsia tertinggi telah diluluskan untuk menubuhkan dua unit tentera Muslim secara rasmi yang terdiri daripada Turkestanisch yang mempunyai komposisi masyarakat muslim dari Timur Tengah seperti Turkomans, Uzbeks, Kazakhs, Karakalpaks dan Tadjiks. Unit kedua dinamakan Kaukasisch-Mohammedan Legion yang terdiri daripada masyarakat Muslim seperti Azeris, Daghestan, Ingushes dan Lezghins. Selain itu terdapat juga unit-unit kecil lain yang terdiri daripada masyarakat Tartar. Unit Wolgatatarische pula ditubuhkan pada Januari 1942.


No comments:

Post a Comment

Masih ad-Dajjal Al-Masih ad-Dajjal ( Arabic : المسيح الدجّال‎ Al-Masīḥ ad-Dajjāl, Arabic for "the false messiah "), is an evil...