Tuesday 2 October 2012


Kaabah





Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub. Tingginya kira-kira 13.10 m (42.98 ka), dengan sisi selebar 11.03 m (36.19 ka) kali 12.86 m (42.19 ka).

Binaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada mulanya mempunyai 2 pintu (Bab ul Kaabah) iaitu Pintu Timur dan Pintu Barat. Kedua-dua pintu itu dibina rapat hingga ke tanah. Namun begitu, mengikut catatan sejarah, kedua-dua pintu itu berubah-ubah kedudukannya serta bilangan pintunya jua.

Kini, hanya terdapat satu buah pintu sahaja di Kaabah, iaitu yang terletak di sebelah timur laut. Ketinggiannya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riyal Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayu beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.

Bumbung Kaabah atau atap Kaabah, ialah suatu binaan konkrit yang terletak di atas Kaabah. Pada awalnya, Kaabah tidak memiliki bumbung, namun orang Arab Quraisy yang menetap di sekitar Kota Makkah telah membina atap ini bagi mengelakkan ruangan dalaman Kaabah daripada kepanasan dan kebasahan. Pada waktu ini, Kaabah memiliki dua lapisan atap (satu pada bahagian atas dan satu pada bahagian atas). Permukaan atas Kaabah dilapisi dengan marmar putih dan dikelilingi dengan tembok kecil yang menyatu pada dinding-dinding Kaabah.

Tembok itu berketinggian 80 cm yang mampu menjadi bahan pautan kepada tali-tali Kiswah di bahagian atas (bahagian tali Kiswah bawah diikat padaSyazarwan). Di bahagian atas atap juga terdapatnya sebuah pintu yang berukuran 1.27 X 1.04 m. Pintu ini ditutup menggunakan papan yang diperbuat dari besi baja. Pintu ini menghubungkan dengan Pintu Taubat yang berada di sebelah kanan dalam Kaabah melalui anak-anak tangga dalaman Kaabah. Pada kebiasaannya di musim Haji, para petugas Masjidil Haram dan para sukarelawan Makkah akan naik ke atas bumbung Kaabah bagi memasangkan Kiswah dan membersih dan mencuci bahagian dalaman, luaran dan atasan Kaabah.

Hajarul Aswad (الحجر الأسود) yang bermaksud batu hitam merupakan salah satu batu yang terdapat di penjuru Kaabah.

Kalau berkaitan dengan Kaabah maka ia terletak di salah satu bucu Kaabah dimana apabila orang yang ingin mengerjakan haji ingin memulakan tawaf mereka maka mereka hendaklah memulai tawaf itu dengan membetulkan bahu kiri mereka ke arah Hajarul Aswad berpusing sebanyak tujuh kali dan akhir sekali dengan akhir di Hajarul Aswad juga. Pada awal tawaf bermula dari Hajarul Aswad dan mengakhirkannya di Hajarul Aswad juga.

Menurut ajaran Islam, mencium Hajarul Aswad merupakan sunnah Nabi S.A.W. semata-mata, dan ini ditegaskan oleh Khalifah Umar Al-Khattab apabila sebelum beliau mencium batu itu (Hajar Aswad), beliau berkata-kata:

“Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah SAW menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad).”

Menurut tradisi Islam, Hajarul Aswad datang dari syurga dan warnanya putih tetapi bertukar warna kerana ramai orang mengerjakan haji dengan membawa bersama-sama mereka dosa-dosa yang mereka lakukan.


No comments:

Post a Comment

Masih ad-Dajjal Al-Masih ad-Dajjal ( Arabic : المسيح الدجّال‎ Al-Masīḥ ad-Dajjāl, Arabic for "the false messiah "), is an evil...