Wednesday 10 October 2012



Tak Hilang Di Dunia




Laksamana Hang Tuah


Melayu itu ialah bangsa PEDAGANG. Sejarahwan mengatakan bahawa Melayu antara bangsa di dunia yang mempunyai six sense dalam ilmu pelayaran selain daripada Phoenicia, Norseman dan Viking. Dalam erti kata lain, Melayu mempunyai ilmu pelayaran yang tinggi. Sebagai bukti, ambil kisah Magellan sebagai pendoman.

Bukan lelaki yang bernama Magellan ini yang menjadi orang pertama berjaya mengelilingi bumi tetapi Panglima Awang/Hitam atau Enrique yang dilantik sebagai nahkoda kapal selepas kematian Magellan. Setiap orang Melayu yang lain, seperti Panglima Awang/Hitam telah mewarisi ilmu pelayaran, mereka  mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul. Peraka ini banyak membantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia. Dan yang paling penting untuk orang Melayu tahu ialah Palinglima Awang/ Hitam itu ialah seorang bangsa MELAYU. 

Tidak cukup dengan itu, orang Melayu kita pernah sampai ke Madagascar, walaupun bangsa itu hanyalah minoriti di negara yang berdekatan dengan Benua Afrika, mereka merupakan rulling class di sana dengan panggilan Bangsa Malagasy, salah satu daripada rumpun Melayu pada hari ini. 

Tamadun Bangsa Melayu tidak bermula di Melaka seperti mana yang didakwa oleh Buku Teks Sejarah Malaysia. Tamadun Bangsa Melayu kalau mengikut sejarah kontemporari dan telah dibuktikan, ada mengatakan sekurang-kurangnya telah wujud pada abad pertama masihi lagi. Kerajaan Funan dan Champa sebagai contoh. Sekiranya Teori Punt dapat dibuktikan, maka sekurang-kuranya usia Tamadun Bangsa Melayu berusia lebih kurang 4000 Tahun! Sezaman dengan Tamadun Indus di Utara India. 

Bangsa Melayu ialah jurutera yang hebat. Candi Borubudur dibina oleh Dinasti Sailendra, pernah dinobatkan salah satu daripada 7 Keajaiban Zaman Purba. (Gambar di bawah)


Pakar-pakar perkapalan Eropah telah menemui kapal-kapal Melayu dengan teknik pembuatan kapal 'sewn-plank and lashed-lug' di mana teknik ini hanya digunakan oleh orang Melayu sahaja ketika era Sriwijaya. Pakar arkeologi maritim, Pierre-Yves Manguin merasa amat terkejut, ketika era Sriwijaya, pembina kapal Nusantara telah mencipta teknik pembuatan kapal yang amat maju, jauh dibandingkan dengan contoh-contoh tongkang China sezaman dengannya. 



Kapal Perang Melayu

Orang Melayu tewas menentang Portugis ketika era kejatuhan Melaka bukannya disebabkan teknologi orang Melayu itu ketinggalan zaman. Sesungguhnya, orang Melayu telah belajar mengenai senjata api ini sudah sekian lama daripada pedagang-pedagang sehingga mempunyai senjata sendiri seperti Meriam Sri Pattani serta Pemuras dan Karga.


Senjata Melayu


Pahlawan Melayu

Daripada catatan Portugis (gambar bawah), mereka menggambarkan bahawa tentera Melaka mempunyai angkatan senjata api dan Meriam mereka sendiri. Saya difahamkan bahawa tewasnya orang Melayu kerana orang dalam yang membocorkan maklumat keselamatan Melaka serta tipu daya Portugis.

Catatan Portugis Mengenai Tentera Melaka


Melayu juga pernah terkenal dengan gelaran Bani Jawi daripada bangsa Arab yang berdagang ke Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu ini. Hal ini kerana mereka percaya bahawa orang Melayu ialah daripada keturunan isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. iaitu Siti Keturah/Qenturah. Hal ini bersesuaian dengan pendapat seorang sejarahwan Arab iaitu Ibnu Attir. 

Bangsa Melayu mempunyai tulisan asli mereka sendiri. Palavi, Kawi dan Jawi hanya sebahagian daripada aksara orang Melayu namun aksara ini mempunyai penggaruh kuat daripada India dan Arab. Lain dengan Rencong yang dikatakan masih misteri lagi asal usulnya, sesungguhnya tulisan ini pernah digunakan oleh orang Melayu terutama dalam persuratan mereka. 

Aksara Melayu 


Bangsa Melayu juga merupakan bangsa yang kaya dengan emas. Catatan Al-Masudi mengenai kekayaan emas Melayu. Catatan ini ialah mengenai Maharaja Empayar Melayu Srivijaya, seperti berikut:-

"...setiap pagi, kami diberitahu, perbendaharaan kerajaan dibawa, seketul jongkong emas dalam bentuk batu-bata, ke hadapan maharaja yang mana untuk dilontarkan ke sebuah tasik berdekatan istana. Ketika maharaja masih hidup, tiada siapa yang berani mengusik jongkong-jongkong emas di dalam tasik itu. Apabila maharaja mangkat, penggantinya memerintahkan semua jongkong emas di dalam tasik dikeluarkan. Selepas dikeluarkan, emas-emas tadi dikira dan ditimbang, kemudiannya dibahagi-bahagikan di antara kaum kerabat diraja,para jeneral tentera,para hamba dan orang miskin. Bilangan jongkong emas dan beratnya dicatit ke dalam rekod istana dan prestij seseorang raja ditentukan berdasarkan jumlah jongkong emas yang mereka tinggalkan."


Empayar Melayu


Empayar Melayu Sriwijaya ialah kerajaan yang paling kuat yang pernah dibina oleh orang Melayu setakat ini yang diketahui dan dibuktikan dalam sejarah. Sebagai contoh, Sriwijaya telah berjaya menyatukan seluruh alam melayu ini daripada Madagascar hingga ke selatan Taiwan berdasarkan catatan Nehru (1963) yang merupakan seorang sejarahwan India. 

Perkara 160 (2) dalam Perlembagaan mentakrifkan Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap dalam bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.

InsyaAllah.



The Great Bombard




SEJAK beribu tahun dulu, manusia sering dikaitkan dengan perang, cuma ia berubah mengikut zaman, khususnya dari segi taktikal, persenjataan, jumlah korban dan puncanya. Apapun, setiap kali berlaku perang tanpa mengira sebabnya, ia sentiasa membabitkan penciptaan senjata baru. 

Menyingkap sejarah perang Islam, sememangnya diakui tentera Muslimin adalah antara pasukan paling disegani sepanjang sejarah peperangan dunia. Usah dibangkitkan keberaniannya yang tiada tandingan kerana ganjaran mati syahid di medan perang sememang dinanti-nantikan tentera Islam. 

Ditambah pula dengan ketaatan menunaikan solat ketika perang, itu sudah cukup membuatkan musuh sering terpukau dan timbul rasa gerun. 


Angkatan Tentera Uthmaniah Membawa Meriam Raksasa.


Itulah senjata utama umat Islam ketika menegakkan agama Allah tetapi mereka juga terkenal dengan taktik dan strategi perang serta inovasi persenjataan yang dianggap canggih pada zamannya. 

Satu daripada penemuan menakjubkan yang membuktikan fakta itu ialah Meriam Raksasa dari zaman Turki Uthmaniah lebih dikenali dengan nama ‘The Great Bombard’ yang menggunakan ubat bedil seberat 1,600 kilogram sebagai pelurunya. Peluru The Great Bombard seberat 300 hingga 1,600 kilogram. 



The Great Bombard


Ilmuwan Islam menemuinya pada abad ke-12 bersama penemuan lain membuktikan perkembangan teknologi ketenteraan Islam pada zaman itu. ‘The Great Bombard’ ialah teknologi paling tersohor, hinggakan mendengar namanya saja membuatkan musuh ketakutan.


Juga dikenali "The Great Tukish Bombard"


The Great Bombard diakui teknologi artileri paling maju dan paling kuat ketika itu yang digunakan oleh Kerajaan Turki Uthmaniah untuk merampas semula Kota Constantinople pada 1453 daripada tangan tentera Salib. 

Artileri legenda yang sangat berat itu yang juga terkenal dengan nama “The Great Turkish Bombard” dan ketika perang melawan kerajaan Britain pada 1807, ia terkenal dengan nama “Dardanella Gun” kerana perang berlaku di Selat Dardanella. 


Pertempuran Selat Dardanella





Bangsa Eropah menggelarnya dengan nama “Muhammad Gun” kerana ia membuatkan jeneral perang dan tenteranya sudah boleh membayangkan bagaimana kapal perang dan kubu pertahanan mereka akan hancur berkecai jika terkena tembakan meriam raksasa itu. 

Meriam The Great Turkish Bombard digunakan dalam perang oleh kerajaan Turki Uthmaniah. 

Senjata raksasa itu bukan setakat gah dari segi saiznya, tetapi nama besar yang dilabel memang setaraf dengan kemampuannya, sekali gus membuktikan perancangan membinanya yang dirancang oleh jurutera, Munir Ali pada 1450 memang berhasil.




Mempunyai saiz panjang 518 sentimeter (sm) (kaliber 8,2) dan berat 18,6 tan, senjata itu mempunyai dua bahagian iaitu laras dan selongsong di belakangnya. 

Bahagian laras digunakan untuk menembak peluru yang dibuat daripada bola granit raksasa dengan berat dianggarkan antara 300 hingga 1,600 kilo, manakala bahagian selongsong pula mampu menampung tujuh bola granit raksasa (ubat bedil) atau 15 bola granit ukuran kecil pada satu-satu masa. 

Disebabkan saiznya yang terlalu besar, meriam itu hanya boleh melepaskan tembakan maksimum 15 kali sehari saja, namun kemampuan jarak tembakannya sangat luar biasa pada ketika itu dengan mencapai jarak 1,760 ela (satu batu atau 1.61 kilometer). 


Serbuk Belerang


Difahamkan, setiap kali tembakan dilepaskan, ia memerlukan serbuk belerang yang cukup banyak bertujuan memberikan tenaga maksimum untuk meletup dan melepaskan tembakan. 

The Great Bombard dibuat daripada bahan logam terbaik iaitu campuran tembaga dengan timah putih dan gangsa. Tukang besi yang membina dan menempanya juga dipilih di kalangan yang terbaik pernah hidup pada zaman itu. 

Apa yang membuatkan meriam itu berbeza daripada meriam lain ialah ukiran seni yang mengandungi unsur kebudayaan Islam pada zaman itu. 

Kekuatan dan kemampuan membolehkan ia cukup sesuai untuk diletakkan di mana-mana saja ruang pertahanan, di darat, di pantai atau di atas kapal perang ketika digunakan untuk menyerang kubu musuh atau pertempuran di laut. 

Kapal perang Turki yang membawa meriam itu cuma terdiri daripada kapal jenis galleon dan monitor, setaraf dengan keupayaannya membawa meriam besar dengan tentera yang ramai. 

Ketika ‘Pertempuran Dardanella’, meriam itu menenggelamkan enam kapal Sir John Ducksworth kerana keupayaan melepaskan tembakan melepasi selat kecil melalui strategi menyerang jarak jauh. 

Pada 1866, Sultan Abdul Aziz memberikan satu daripada ‘The Great Bombard’ yang digunakan dalam Perang Dardanella kepada Ratu Victoria ketika kunjungan hormatnya ke Britain. 



Kapal Perang Empayar Othmaniah


Kini, The Great Bombard atau Dardanella Gun itu boleh dilihat di Fort Nelson, Portsmouth, England dan menjadi sebahagian daripada koleksi paling berharga Angkatan Tentera Diraja Britain. 

Bahkan, pada zaman moden ini, namanya tetap dikenang dan cukup popular di kalangan penggemar permainan video RTS (Real Time Strategy) seperti Age of Empire dan Rise of the Nations. 

Ini kerana hanya pemain yang berkemampuan tinggi boleh mencapai tahap mampu memiliki senjata artileri paling ampuh pada abad ke 15 hingga 18 itu dan dianggap kejayaan terbesar jika memilikinya, setaraf dengan sejarah agungnya yang sentiasa digeruni lawan.

Kini Dimiliki dan Tersimpan Di Muzuim Angkatan Tentera Diraja British.

Subhanallah.


Tuesday 9 October 2012


Taming Sari



Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah.

Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.

Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai "Keris Taming Sari" dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris yang sama juga telah digunakan oleh Hang Jebat untuk menderhaka Sultan Melaka. Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.

Selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka, tidak lagi diketahui ke mana perginya keris Taming Sari ini. Pelbagai kisah dan mitos tersebar mengenai keris ini. Ada yang mengatakan bahawa keris ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah di Hulu Muar selepas Hang Tuah gagal membawa pulang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka. Ada pula yang percaya bahawa keris Taming Sari telah dibawa ke Perak dan disimpan oleh keturunan Raja-raja Perak.




Keris Taming Sari adalah keris yang sangat terkenal dalam budaya Melayu. Ia adalah bersamaan  pedang "Excalibur" kepunyaan King Arthur dan dimiliki oleh pahlawan legenda Melayu Hang Tuah yang berkhidmat di bawah duli Sultan Mahmud Shah. Ia dikatakan mempunyai kuasa ajaib. Keris ini adalah hadiah dari kerajaan Jawa Majapahit kepada Hang Tuah selepas dia berjuang dan membunuh pahlawan mereka yang kebal bernama Taming Sari. Keris itu mendapat namanya daripada pemilik asalnya.

Menurut legenda, Hang Tuah, pada akhirnya, memberikan Kris ini kepada Tun Mamat dan akan dikembalikan kepada Sultan Mahmud Shah (1488-1511) apabila dia gagal untuk membawa pulang Puteri Gunung Ledang. Sultan telah menghantar Hang Tuah ke Gunung Ledang untuk membawa kembali Puteri mitos itu ke Melaka untuk menjadi ratu baginda. Hang Tuah kemudiannya hilang dan tidak pernah dilihat atau ketahui.

Satu lagi versi legenda, bahawa Hang Tuah telah melemparkan Keris tersebut ke dalam sungai, beliau seterusnya berjanji bahawa beliau akan kembali apabila Keris itu timbul semula. Perkara ini telah membawa beberapa tanggapan untuk mempercayai bahawa Keris Taming Sari sebenarnya telah hilang, seperti juga juga legenda pedang Excalibur.

Keris Taming Sari adalah sejenis keris yang unik kerana ia diperbuat daripada 21 jenis logam yang kononnya logam tinggalan daripada Kaabah yang suci. Dikatakan juga bahawa Keris Taming Sari ini boleh melakukan pertempuran tanpa kehadiran Hang Tuah. Jika keadaan dalam bahaya, Keris ini akan melompat keluar dari sarungnya, terbang melalui udara dan menyerang musuh-musuh dihadapan. Keseluruhan sampir dan batang kris dilindungi daun emas. Keris ini diklasifikasikan sebagai gabus keris atau keris terapang.


Keris Taming Sari masih wujud hari ini dan merupakan sebahagian daripada istiadat diraja Sultan Azlan Shah, Sultan Perak, Malaysia.

Sebelum Taming Sari menjadi sebahagian daripada pakaian Diraja Negeri Perak, ia dipercayai telah dimiliki oleh keturunan keluarga Laksamana, melalui penurunan warisan yang memerintah sebagai ketua wilayah Hilir Perak.

Adalah dipercayai bahawa ketua terakhir wilayah yang mempunyai keris terkenal ini, pemilikannya adalah Laksamana Mohd Amin Alang Duakap. Pada tahun 1876, beliau telah ditangkap bersama-sama pembesar-pembesar yang lain kerana disyaki terlibat dalam komplot pembunuhan Residen British yang pertama, ia itu James WW Birch. Bersama-sama dengan Datuk Shahbandar Uda Kediti (ketua wilayah Kerian), Sultan Abdullah (Sultan Perak) dan Menteri Paduka Ngah Ibrahim (pentadbir terkenal Larut yang kaya dengan bijih timah), Laksamana Mohd Amin telah dijatuhkan hukum dibuang negeri ke Seychelles.

Selepas peristiwa tersebut, pentadbiran British di Perak merampas segala kepunyaan ketua-ketua wilayah yang terlibat dan ini termasuk Keris Taming Sari. Walau bagaimanapun, Sultan Yussuf memujuk Kerajaan British supaya tidak mengambil dan membawa Keris itu ke England. Sebaliknya Keris tersebut diberi kepada banginda.

Walau bagaimanapun, sesetengah ahli sejarah percaya bahawa Taming Sari sebenarnya masih hilang, serupa dengan legenda pedang Excalibur.




Keris kebesaran Diraja Perak diwarisi dari 
Sultan Melaka sejak 1528

Muzium Perak menolak dakwaan mengatakan Keris Taming Sari iaitu satu daripada alat kebesaran Diraja Perak yang dipamerkan di Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, di sini, adalah palsu atau replika.

Pengarah Muzium Perak yang juga pengurus galeri berkenaan, berkata pihaknya sering menerima dakwaan sedemikian berikutan ada di kalangan pengunjung meragui keaslian keris tersebut.

“Keris Taming Sari dipamerkan di galeri ini adalah simpanan dan warisan Sultan Perak. Ia menjadi satu daripada alat kebesaran Diraja negeri Perak. Malah, senjata itu hanya boleh dipamerkan kepada umum selepas mendapat perkenan daripada Baginda Sultan Perak sempena Hari Keputeraan baginda.

Keris berkenaan sudah menjadi hak Kesultanan Perak yang sah sejak 1528 selepas diwariskan Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah I kepada Sultan Perak pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah.

Status ketulenan atau keaslian keris berkenaan masih dalam kajian berterusan dilakukan oleh pihak berkaitan, tetapi yang penting Muzium Perak tetap mengatakan Keris Taming Sari ialah satu daripada alat kebesaran Diraja Perak.

Berbagai tohmahan timbul disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan maklumat atau fakta diperoleh daripada pelbagai sumber kurang tepat. Mereka hanya mendengar maklumat daripada sebelah pihak tanpa mengkaji sendiri sejarah sebenar Keris Taming Sari serta warisan alat kebesaran diraja itu.

Muzium Perak dengan perkenan Tuanku (Sultan Perak) telah mengadakan pameran Keris Taming Sari di Galeri Sultan Azlan Shah selama enam hari sempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-83.
Ia bertujuan untuk memberi pendedahan serta gambaran sebenar mengenai keistimewaan keris yang pernah menjadi milik Laksamana Hang Tuah.

Keris berkenaan yang diseliputi dedaun emas, manakala sarung atau hulunya diperbuat daripada emas serta dipercayai adunan daripada 20 jenis besi yang sebahagiannya daripada serpihan besi ganggang pintu Kaabah.

Senjata itu dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu pemiliknya tidak lut dimakan senjata lawan dan berupaya berlegar di udara ketika mengejar musuh. Selain itu, ia juga dipercayai mempunyai kuasa untuk memberi petunjuk jika Perak bakal dilanda sebarang musibah atau bencana.

Walahualam.



Cheng Ho




Tahukah anda, sebenarnya Laksamana Zheng He atau yang lebih dikenali dengan nama Laksamana Muhammad Cheng Ho adalah pelayar pertama yang menemui benua Amerika, pada sekitar 70 tahun sebelum Columbus.

Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Cheng Ho sudah lebih dahulu berkunjung ke sana. Para peserta seminar yang diselenggarakan oleh the Royal Geographical Society di London beberapa waktu lalu telah sebulat suara mengesahkan perkara ini. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies dengan paparannya telah mendapat perhatian sejarawan seluruh dunia. Beliau tampil penuh yakin, menjelaskan teorinya tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur yang berasal dari negeri  Cina, Laksamana Zheng He (kita mengenalnya dengan Cheng Ho). Bersama bukti-bukti yang ditemukan dari catatan sejarah, beliau membuat kesimpulan bahawa pelaut serta juru mudi ulung dari dinasti Ming itu adalah penemu awal benua Amerika, dan bukannya Columbus.


Zheng He (1371 - 1435Cina Tradisional: 鄭和, Cina Ringkas: 郑和, pinyin: zhèng hé, Wade-Giles: Cheng Ho; nama asli: Cina Tradisional: 馬三寶, Cina Ringkas: 马三宝, pinyin: Mǎ Sānbǎo; nama Arab: حجّي محمود شمس Haji Mahmud Shams) ialah pelaut dan pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 4000-tahun China. Dikenali juga sebagai Mah Sam Po (Cina Tradisional: 馬三寶, Cina Ringkas: 马三宝, pinyin: mǎ sān bǎo), beliau mengetuai armada China sebanyak tujuh kali ke tiga puluh buah negara di serata alam MelayuAsia SelatanTimur Tengah, dan juga benua Afrika, hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika. Pelayarannya telah dirakamkan dalam karya "Sida-sida Sanbao ke Lautan Barat" (三保太監下西洋) atau "Zheng He ke Lautan Barat". 

Dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan, sebuah provinsi Mongol ketika itu yang terletak beberapa minggu perjalanannya dari pelabuhan terdekat, Zheng He merupakan orang Cina berketurunan Asia Tengah. Anak kepada seorang pegawai luar bandar, beliau ditangkap oleh tentera Cina yang menggulingkan Dinasti Mongol pada tahun 1382Dikembiri, beliau dilatih menjadi sida-sida empayar dan ditugaskan ke istana Zhu Di, putera Yan yang mahir berperang. 

Dalam tempoh 20 tahun, Zheng He telah menjadi salah satu pembantu utama putera Yan, serta juga ahli strategi utama dalam pemberontakan yang menyebabkan Zhu Di (dengan gelaran Maharaja Yongle yang secara harfiah bermaksud "Maharaja Kebahagiaan Abadi") menjadi maharaja Dinasti Ming yang ketiga pada tahun 1402. Dinamai semula sebagai Zheng oleh Maharaja selepas kemenangannya dalam pertempuran di Zenglunba yang terletak berhampiran dengan Beijing, beliau kemudian dilantik untuk mengetuai salah satu angkatan tentera laut yang paling kuat di dunia ketika itu.  Misinya membuktikan kehebatan dan keupayaan pengurusan dan teknologi, tetapi tidak membawa kepada perdagangan yang besar. Ini disebabkan Zheng He merupakan seorang laksamana dan pegawai, bukannya pedagang. 


Pada tahun 1424, Maharaja Yongle mangkat. Penggantinya, Hongxi (memerintah 1424 - 1425), memutuskan untuk mengurangkan pengaruh sida-sida di istana. Zheng He melakukan satu lagi pelayaran di bawah Maharaja Xuande (memerintah 1426 - 1435) tetapi selepas itu, pelayaran kapal harta karun China berakhir.

Menurut buku SELAYANG PANDANG SEJARAH MADURA yang dibuat oleh DR Abdurrahman [perlu rujukan], Laksamana Zheng He tewas dalam pertempuran dengan Pangeran JOKOTOLE / Pangeran Secodiningrat III / Pangeran Setyodiningrat III dari Kerajaan Sumenep di Pulau Madura.

Sebuah peta yang lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He adalah sebahagian daripada barang bukti kenyataan Menzies. Peta tersebut sudah ujud sebelum Columbus memulakan ekspedisinya lagi. Menzies bertambah yakin setelah meneliti kesahihan bahan-bahan bersejarah tersebut.

Dari bukti-bukti kunci yang dapat menggubah alur sejarah ini, Menzies mengatakan bahwa sebahagian besar peta atau pun tulisan navigasi Cina kuno bersumber pada masa pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga sampai di benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelumnya armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.



Huraian astronomi pelayaran Zheng He ada menyatakan, pada larut malam yang kelam saat terlihat bintang selatan sekitar 18 Mac 1421, lokasinya  berada di hujung selatan Amerika Selatan. Perkara tersebut kemudian diulangi oleh Menzies dengan menggunakan software Starry Night dengan membandingkan peta pelayaran Zheng He. “Saya memprogramkan Starry Night memasuki masa pada tahun 1421 serta bahagian dunia yang diperkirakan pernah dilayari ekspedisi tersebut,” ungkapan Menzies yang juga seorang navigator dan mantan komandan kapal selam angkatan laut Britian. Dari sini, beliau akhirnya menemukan dua lokasi berbeda dari pelayaran ini dari  catatan astronomi (bintang) ekspedisi Zheng He.





Dalam bukunya "Tinjauan Am Pesisiran Laut" (Cina: 瀛涯勝覽, Yíngyá shènglǎn) yang ditulis pada tahun 1416, Ma Huan, seorang daripada penulis dan penterjemah Zheng He, mempericikan pemerhatiangnya tentang adat dan kehidupan penduduk pelabuhan-pelabuhan yang mereka lawati.

Batu bertulis "Pahatan Tribahasa Galle", yang didirikan oleh Zheng He lebih kurang pada tahun 1410 di Sri Lanka merakamkan perincian tentang pemberian emas, perak dan kain sutera yang disampaikan Zheng He bagi pihak maharaja di sebuah kuil gunung. Juga, sebuah tiang di kuil dewi Tao Tian Fei di wilayah Fujian merakamkan perincian pelyarannya. Ia tertulis:Kami telah merentasi lebih 100,000 li (50,000 kilometer) perairan besar dan melihat ombak laut sebesar gunung di langit, dan kami melihat tanah kaum gusar yang tersorok jauh dalam keheningan biru wap cahaya, sementara layar kami yang berkibar bagai awan siang dan malam, meneruskan perlajanan selaju bintang merentangi ombak garang seolah kami menyeberangi jalan raya awam..."—Didirikan oleh Zheng He, Changle, Fujian, 1432. 

Orang Cina sudah berada di Melaka semasa ketibaan Zheng He di sana. Ma Huan merujuk kepada mereka sebagai tángrén (Cina: 唐人). China zaman Ming mendapati Melaka sangat berguna sebagai tempat persinggahan bagi pembekalan kapal, dan negeri Melaka menerima banyak hadiah daripada armada Zheng He. Sultan Melaka serta permaisurinya melawat China dengan diikuti 540 orang Melaka dan hadiah-hadiah. Sultan Mansur Shah (bertakhta kerajaan tahun 1459–1477 M) kemudiannya mengirim Tun Perpatih Putih sebagai dutanya ke China dengan membawa surat Sultan kepada Maharaja Ming China. Surat ini meminang anak perempuan Maharaja dan pada tahun 1459, seorang puteri, (Hang Li Po atau Hang Liu), dihantar ke Melaka oleh Maharaja Ming sebagai isteri Sultan Melaka. Puteri tiba dengan 500 orang anak lelaki menteri dan beberapa ratus pengasuh dan pembantu. Mereka kemudiannya tinggal di Bukit Cina, Melaka. Dipercayai ramai daripada mereka berkahwin dengan orang tempatan. Waris mereka dikenali sebagai Peranakan dan masih mengguna pangkat Baba (lelaki) dan Nyonya (wanita).

Hari ini di Malaysia, ramai orang mempercayai bahawa Laksamana Zheng He atau Cheng Ho (meninggal dunia pada tahun 1433) yang menghantar puteri Hang Li Po ke Melaka pada tahun 1459. Walau bagaimanapun, tidak ada catatan berkaitan Hang Li Po (atau Hang Liu) dalam pensejarahan Dinasti Ming. Beliau disebut hanya dalam Sejarah Melayu.


Monday 8 October 2012



Ali Napoleon



Napoleon Bonaparte 
adalah Seorang Muslim


Siapa yang tidak mengenali Napoleon Bonaparte, seorang Jenderal dan Kaisar Perancis kelahiran Ajaccio, Corsica 1769. 

Namanya terdapat dalam urutan sejarah, ia itu senarai yang ke-34 dari seratus tokoh-tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia yang ditulis oleh Michael H. Hart. Karier militer Napoleon sungguh hebat dan menarik. Kegeniusan gerakan taktiknya perangnya amat memukau, lantas digelarkan seorang Jeneral Perang yang digeruni.  Sebagai seorang yang berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Perancis sejak Ogos 1793, seharusnya beliau merasa puas dengan segala apa yang telah diperolehinyaNamun demikian. ,rupanya kemegahan dunia tidak mampu memuaskan batinnya, agama yang dianutinya waktu itu ternyata tidak dapat membuat Napoleon Bonaparte merasa tenang dan damai.

Akhirnya pada tarikh 02 Julai 1798, 23 tahun sebelum kematiannya ditahun 1821, Napoleon Bonaparte menyatakan ke-Islamannya di hadapan dunia Internasional. Namanya berubah menjadi ‘Aly (Ali) Napoleon Bonaparte’.

Apa yang membuat Napoleon ini memilih Islam daripada agama lamanya, Kristian ?

Berikut penuturannya yang dipetik dari majalah Genuine Islam, edisi Oktober 1936 terbitan Singapura.

“I read the Bible; Moses was an able man, the Jews are villains, cowardly and cruel. Is there anything more horrible than the story of Lot and his daughters?”

“The science which proves to us that the earth is not the centre of the celestial movements has struck a great blow at religion. Joshua stops the sun! One shall see the stars falling into the sea… I say that of all the suns and planets,…”

(“Saya membaca Bible; Musa adalah orang yang cekap, sedang orang Yahudi adalah bangsat, pengecut dan jahat. Adakah sesuatu yang lebih dahsyat daripada kisah Luth dengan kedua puterinya?” (Lihat Kejadian 19:30-38)


“Sains telah menunjukkan bukti kepada kita, bahwa bumi bukanlah pusat tata surya, dan ini merupakan pukulan hebat terhadap agama Kristian. Yosua menghentikan matahari (Yosua 10: 12-13). Orang akan melihat bintang-bintang berjatuhan ke dalam laut…. saya katakan, semua matahari dan planet-planet ….”)


Selanjutnya Napoleon Bonaparte berkata :


“Religions are always based on miracles, on such things than nobody listens to like Trinity. Jesus called himself the son of God and he was a descendant of David. I prefer the religion of Muhammad. It has less ridiculous things than ours; the turks also call us idolaters.”

(“Agama-agama itu selalu didasarkan pada hal-hal yang ajaib, seperti halnya Trinitas yang sulit difahami. Yesus memanggil dirinya sebagai anak Tuhan, padahal ia keturunan Daud. Saya lebih meyakini agama yang dibawa oleh Muhammad. Islam terhindar jauh dari kelucuan-kelucuan ritual seperti yang terdapat di dalam agama kita (Kristian); Bangsa Turki juga menyebut kita sebagai orang-orang penyembah berhala dan dewa.”)

Seterusnya :
“Surely, I have told you on different occations and I have intimated to you by various discourses that I am a Unitarian Musselman and I glorify the prophet Muhammad and that I love the Musselmans.”

(“Dengan penuh kepastian saya telah mengatakan kepada anda semua pada kesempatan yang berbeda, dan saya harus memperjelas lagi kepada anda di setiap ceramah, bahwa saya adalah seorang Muslim, dan saya memuliakan nabi Muhammad serta mencintai orang-orang Islam.”)

Akhirnya beliau berkata :
“In the name of God the Merciful, the Compassionate. There is no god but God, He has no son and He reigns without a partner.”

(“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tiada Tuhan selain Allah. Ia tidak beranak dan Ia mengatur segala makhlukNya tanpa pendamping.”)

Napoleon Bonaparte mengagumi Al-Quran setelah membandingkan dengan kitab sucinya terdahulu, Injil. Akhirnya ia menemukan keunggulan-keunggulan Al-Quran, juga semua cerita yang melatar belakanginya.

Dalam buku yang berjudul ‘Bonaparte et I’Islarn oleh Cherlifs, Paris, halaman 105’, Napoleon Bonaparte berkata sebagai berikut: “I hope the time is not far off when I shall be able to unite all the wise and educated men of all the countries and establish a uniform regime based on the prinsiples of the Qur’an which alone can lead men to happiness.”

(“Saya meramalkan bahwa tidak lama lagi akan dapat dipersatukan semua manusia yang berakal dan berpendidikan tinggi untuk memajukan satu kesatuan kekuasaan yang berdasarkan prinsip–prinsip ajaran Islam, karena hanyalah Qur’an itu satu-satunya kebenaran yang mampu memimpin manusia kepada kebahagiaan.”)

Amin.





Sequoyah




Jika mengunjungi Washington DC, khususnya ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Terdapat satu transkrip perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku kaum Cherokee (Red Indian Amerika), salah satu suku kaum Indian Amerika, pada tahun 1787. Pada kertas perjanjian itu terdapat tanda tangan Ketua Suku Cherokee ketika itu, bernama AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah. Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk meneruskan kehidupan peradapan mereka dalam perdagangan, perkapalan, dan bebas melaksanakan undang-undang pemerintahan cara mereka. Bentuk pemerintahan suku Cherokee ketika itu berdasarkan perundangan agama Islam.

Selain itu, terdapat juga cara kebiasaan berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai sarban dan berpakaian sehingga menutupi lutut. Cara berpakaian ini dapat dilihat dalam  gambar atau lukisan suku Cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku terakhir Cherokee sebelum terhapusnya mereka dari benua daratan Amerika adalah seorang Muslim bernama Ramadan Ibnu Wati.




Apabila membicarakan tentang suku Cherokee ini, nama Sequoyah akan tetap disebut. Ini kerana beliau adalah seorang Cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary suku mereka pada tahun 1821. Syllabary adalah semacam aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara mereka sendiri, seperti yang dipaparkan di bawah ini.



Yang membuatnya sangat luar biasa ialah aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat Cherokee abad ke-7 yang ditemukan terpahat pada batu-batan di Nevada sangat mirip dengan perkataan ”Muhammad” dalam bahasa Arab. 





Nama-nama suku Red Indian dan ketua sukunya yang berasal dari bahasa Arab tidak hanya ditemukan pada suku Cherokee (Shar-kee), tetapi ditemui juga pada suku-suku yang lain, seperti Anasazi, Apache, Arawak, Arikana, Chavin Cree, Makkah, Hohokam, Hupa, Hopi, Mahigan, Mohawk, Nazca, Zulu, dan Zuni. Bahkan, beberapa kepala suku Indian juga mengenakan tutup kepala khas orang Islam. Mereka adalah Ketua Suku Chippewa, Creek, Iowa, Kansas, Miami, Potawatomi, Sauk, Fox, Seminole, Shawnee, Sioux, Winnebago, dan Yuchi. Hal ini ditunjukkan pada foto-foto tahun 1835 dan 1870. 




Secara umumnya, suku-suku Red Indian di Amerika juga percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Tuhan itu tidak dilihat dan dirasa oleh panca indera. Mereka juga menyakini, tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembahNya. Seperti penuturan seorang Ketua Suku Ohiyesa : "In the life of the Indian, there was only inevitable duty-the duty of prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal ". Bukankah Al-Qur’an juga menyatakan bahwa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah kepada Allah (*)

Subhanallah….




Amerika - Columbus or Muslimin




Ternyata sebelum kedatangan Christoper Columbus (yang disebut sebagai orang pertama menjumpai benua Amerika), umat Islam sudah terlebih dahulu menemukannya. Sebuah fakta yang tidak dapat dinafikan lagi  Islam sudah lebih dahulu berada di daratan luas yang kini bernama Amerika, jauh beberapa abad sebelum kedatangan Columbus yang mengakui sebagai penemu Amerika. Fakta yang mengukuhkan perkara ini ialah terdapatnya nama-nama serupa dengan kota suci umat Islam seperti Mecca di Indiana, Medina di Idaho, Medina di New York, Medina dan Hazen di North Dakota, Medina di Ohio, Medina di Tennessee, Medina di Texas yang paling besar dengan penduduk 26,000, Medina di Ontario Canada, kota Mahomet di Illinois, Mona di Utah, dan Arva di Ontario Canada, dan beberapa nama seperti California (Caliph Haronia), Alabama (Alah Bumnya), Arkansas (Arkan-sah) dan Tennesse (Tanasuh), T Allah Hassee (Tallahassee), Alhambra, Islamorada dan sekitar 500 lagi nama-nama kota lainnya berasal dari bahasa  Arab.




Sejarah Islam Amerika

Sejarah secara rasmi selama ini mengatakan bahwa Christopher Columbus adalah orang yang menemukan daratan luas yang kemudian disebut Amerika. Perkara ini ternyata tidak benar kerana 70 tahun sebelum Columbus menjejakkan kaki di Amerika, daratan yang disangkanya India, Laksamana Muslim dari China bernama Cheng Ho (Zheng He) telah pun mendarat di Amerika. Bahkan berabad sebelum Cheng Ho, pelaut-pelaut Muslim dari Sepanyol dan Afrika Barat telah membuat kampung-kampung di Amerika dan berasimilasi secara damai dengan penduduk tempatan. Penemu Amerika bukanlah Columbus. Penemu Amerika adalah Umat Islam. Mereka telah bekahwin dengan penduduk tempatan, khususnya orang-orang Red Indian, sehingga menjadi sebahagian dari genius Amerikan.

Ada beberapa penemuan yang menyatakan bahwa umat Islam sudah hidup di Amerika beberapa abad sebelum Colombus datang. Salah satunya yang paling popular adalah essay Dr. Youssef Mroueh, dari Preparatory Commitee for International Festivals to celebrate the millennium of the Muslims arrival to the Americas, tahun 1996, yang berjudul “Precolumbian Muslims in America”.

Dalam essaynya, Doktor Mroueh menulis, “Sejumlah fakta menunjukkan bahwa Muslimin dari Sepanyol dan Afrika Barat telah tiba di Amerika sekurang-kurangnya lima abad sebelum Columbus. Pada pertengahan abad ke-10, pada waktu pemerintahan Khalifah Umayyah, yaitu Abdurrahman III (929 – 961M), kaum Muslimin yang berasal dari Afrika berlayar ke Barat dari pelabuhan Delbra (Palos) di Sepanyol, melintasi “samudera yang gelap dan berkabut”. Setelah menghilang beberapa lama, mereka kembali dengan sejumlah harta dari negeri yang “tidak dikenali dan aneh”. Ada kaum Muslimin yang tinggal bermukim di negeri baru itu, dan mereka inilah kaum imigran Muslimin gelombang pertama di Amerika.”




Granada, iaitu satu benteng pertahanan terakhir umat Islam di Eropah telah ditewaskan pada tahun 1492. Pada pertengahan abad ke-16 terjadilah pemaksaan besar-besaran secara kejam terhadap orang-orang Yahudi dan Muslimin untuk menganut agama Katholik, yang terkenal dalam sejarah sebagai Spanish Inquisition. Pada masa itu keadaan orang-orang Yahudi dan orang-orang Islam sangat menyedihkan, kerana penganiayaan dari pihak Gereja Katolik Rom yang melaksanakan inkuisisi tersebut. Ada tiga golongan orang-orang Yahudi dan orang-orang Islam dalam menghadapi inkusisi tersebut, ia itu:-

* Pertama ialah mereka yang tidak mahu beralih agama. Akibatnya mereka ini disiksa kemudian dihukum dengan dibakar atau dipancangkan di kayu salib.

* Kedua, adalah mereka yang beralih agama menjadi Katholik Rom. Mereka ini akan diawasi pula, apakah memang berganti agama secara serius atau tidak. Kelompok orang Islam yang beralih agama itu disebut kelompok Morisko, sedangkan yang dari agama Yahudi disebut kelompok Marrano.

* Ketiga, ialah mereka yang melarikan diri atau berhijrah menyeberangi Lautan Atlantik yang dahulunya dinamakan Samudera yang gelap dan berkabut. Inilah kelompok imigran gelombang kedua di negeri baru itu.


Penganiayaan itu mencapai kepuncaknya semasa Paus Sixtus V (1585-1590). Sekurang-kurangnya ada dua dokumen yang menyatakan tentang inkusisi ini. Yang pertama, Raja Sepanyol Carlos V mengeluarkan dekrit pada tahun 1539 melarang penduduk berhijrah ke Amerika Latin bagi keturunan Muslimin yang dihukum bakar dan dieksekusi di kayu sula itu. Yang kedua dekrit yang diterbitkan pada 1543, dan disertai perintah pengusiran Muslimin keluar dari jajahan Sepanyol di seberang Lautan Atlantik. Ini adalah bukti sejarah adanya permindahan Muslimin gelombang kedua sebelum tahun 1543 (dekrit kedua). Ada banyak penulisan yang membuktikan adanya kehadiran Muslimin gelombang pertama ke Amerika jauh sebelum zaman Columbus. Bukti-bukti itu antara lain:-

* Abul-Hassan Ali Ibnu Al-Hussain Al-Masudi merupakan seorang pakar sejarah dan geografi yang hidup dari tahun 871-957 M. Dalam karyanya yang berjudul “Muruj adh-dhahab wa maad aljawhar” (Hamparan Emas dan Tambang Permata), Abu Hassan menulis bahwa pada waktu pemerintahan Khalifah Abdullah Ibn Muhammad (888-912), penjelajah Muslim Khasykhasy Ibn Sa’ied Ibn Aswad dari Cordova-Sepanyol, telah berlayar dari Delba (Palos) pada 889, menyeberang Samudera yang gelap dan berkabut dan mendarat di sebuah negeri yang asing (al-ardh majhul) dan kembali dengan harta yang menakjubkan. Pada peta Al-Masudi terbentang luas negeri yang disebutnya dengan al-ardh majhul. [Al-Masudi: Muruj Adh-Dhahab, Vol. 1, P. 1385]

* Loe Weiner, pakar sejarah dari Harvard University, dalam bukunya “Africa and the Discovery of America” (1920) menulis bahwa Columbus telah mengetahui kehadiran orang-orang Islam yang tersebar seluas Caribian, Amerika Tengah dan Utara, termasuk Canada. Mereka berdagang dan telah melakukan asimilasi perkahwinan dengan orang-orang Indian dari suku Iroquois dan Algonquin.

* Geografer dan pembuat peta bernama Al-Syarif Al-Idrisi (1099- 1166) menulis dalam bukunya yang terkenal Nuzhat al-Musytaq fi Ikhtiraq al-Afaaq (Ekskursi dari yang Rindu Mengarungi Ufuq) bahwa sekelompok pelaut dari Afrika Utara berlayar mengharungi Samudera yang gelap dan berkabut dari Lisbon (Portugal) dengan tujuan untuk mendapatkan apa yang ada di balik samudera itu, betapa luasnya dan di mana batasnya. Mereka menemukan pulau yang penghuninya bercocok tanam dan telah mempergunakan bahasa Arab. 

* Columbus dan para penjelajah Sepanyol serta Portugis mampu melayari dan menyeberangi Lautan Atlantik dalam jarak sekitar 2400 km, adalah dengan bantuan ilmu alam dan ilmu pelayaran dari peta yang dibuat oleh pedagang-pedagang Muslim, termasuk informasi dari buku-buku tulisan Abul Hassan Al-Masudi yang berjudul Akhbar az-Zaman. Tidak ramai yang mengetahui, bahwa Columbus dibantu oleh dua orang nakhoda Muslim pada waktu ekspedisi pertamanya menyeberangi Transatlantik. Kedua-dua kapten Muslim itu adalah dua bersaudara Martin Alonso Pinzon yang mengetuai kapal Pinta, dan Vicente Yanez Pinzon yang mengetuai kapal Nina. Keduanya adalah hartawan yang mahir dalam seluk-beluk perkapalan, membantu Columbus dalam organisasi ekspedisi itu, dan mempersiapkan perlengkapan kapal bendera Santa Maria.  Adik beradik  Pinzon ini masih memiliki ikatan kekeluargaan dengan Abuzayan Muhammad III (1362-66), Sultan Maroko dari dinasti Marinid (1196-1465). (Thacher, John Boyd: Christopher Columbus, New York 1950).

* Para antropologis telah menemukan dokumen dalam bahasa Arab di lembah Mississipi dan Arizona. Dari dokumen itu terdapat keterangan bahawa imigran itu membawa juga gajah dari Afrika. (Winters, Clyde Ahmad: Islam in Early North and South America, Al-Ittihad, July 1977, p.60)

* Columbus menulis bahawa pada hari Isnin, 21 Oktober 1492, sementara ia berlayar berhampiran Gibara pada bahagian tenggara pantai Cuba, Columbus menyaksikan masjid di atas puncak bukit yang indah. Runtuhan beberapa masjid dan menaranya serta tulisan ayat Al Quran telah didapati di beberapa tempat seperti Cuba, Mexico, Texas, dan Nevada. (Thacher, John Boyd: Christopher Columbus, New York 1950)

* Dr. Barry Fell dari Harvard University menulis bahwa fakta-fakta ilmiah telah menunjukkan bahwa berabad-abad sebelum Columbus, telah bermukim kaum Muslimin di Benua Baru dari Afrika Utara dan Barat. Dr. Fell menyatakan ada beberapa buah sekolah Islam di Valley of Fire, Allan Springs, Logomarsino, Keyhole, Canyon, Washoe, dan Hickison Summit Pass (Nevada), Mesa Verde (Colorado), Mimbres Valley (New Mexico) dan Tipper Canoe (Indiana) dalam tahun-tahun 700-800. (FellL, Barry: Saga America, New York, 1980] dan GYR,DONALD: Exploring Rock Art, Santa Barbara, 1989).


Friday 5 October 2012


Al Aqsa



Masjid Al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى), adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama diBaitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga(Tapak Ibadah Suci) kepada Muslim dan Har ha-Bayit (Kuil Suci) kepada Yahudi.

Masjid ini terletak di Baitulmuqaddis Timur, satu kawasan pertelingkahan yang ditadbir sebahagiannya daripadaIsrael tetapi dituntut oleh Palestin sebagai sebahagian daripada Palestin yang baru. Masjid terbesar di Baitulmuqaddis, ia boleh memenuhi lebih kurang 5,000 orang yang beribadah di dalam dan di sekitarnya.
Masjid ini ditadbir oleh pihak Wakaf sejak zaman pendudukan Israel pada tahun 1967.

Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia mungkin diambil daripada Israk dan Mikraj, satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad s.a.w.(570-632). Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. melalui perjalanan dengan menaiki Buraq daripada Masjidil Haram(di Mekah,selatan Arab Saudi). Hingga ke masjid paling jauh iaitu Masjid al-Aqsa, dan daripada satu batu di sana, Nabi Muhammad menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ia berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran. 

Sebuah masjid kayu pada asalnya dibina di sini oleh Saidina Umar Al-Khatab, khalifah kedua Islam pada tahun 638M. Selepas pembinaan Qubbat As-Sakhrah, Khalifah Abdul Malik ibni Marwan mengarahkan supaya dibina sebuah masjid bagi mengantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid ibni Abdul Malikmenyiapkan pembinaan masjid ini semasa pemerintahannya pada 705M. Masjid ini harus tidak dikelirukan dengan keseluruhan kawasan ini yang juga dikenali sebagai Masjid Al-Aqsa Al Haram Al Sharif. Setiap inci kawasan ini amat suci dan tidak boleh dirundingkan.





Kekeliruan antara Masjid al-Aqsa & Dome of The Rock

Melihat pada gambar di atas, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam




Kedudukan Masjidil Al Aqsa yang sebenar.


Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang “Al-Dastour” harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:-

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.

Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor, Mathematics Zayed University Dubai.


Masih ad-Dajjal Al-Masih ad-Dajjal ( Arabic : المسيح الدجّال‎ Al-Masīḥ ad-Dajjāl, Arabic for "the false messiah "), is an evil...