Tuesday 9 October 2012


Cheng Ho




Tahukah anda, sebenarnya Laksamana Zheng He atau yang lebih dikenali dengan nama Laksamana Muhammad Cheng Ho adalah pelayar pertama yang menemui benua Amerika, pada sekitar 70 tahun sebelum Columbus.

Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Cheng Ho sudah lebih dahulu berkunjung ke sana. Para peserta seminar yang diselenggarakan oleh the Royal Geographical Society di London beberapa waktu lalu telah sebulat suara mengesahkan perkara ini. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies dengan paparannya telah mendapat perhatian sejarawan seluruh dunia. Beliau tampil penuh yakin, menjelaskan teorinya tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur yang berasal dari negeri  Cina, Laksamana Zheng He (kita mengenalnya dengan Cheng Ho). Bersama bukti-bukti yang ditemukan dari catatan sejarah, beliau membuat kesimpulan bahawa pelaut serta juru mudi ulung dari dinasti Ming itu adalah penemu awal benua Amerika, dan bukannya Columbus.


Zheng He (1371 - 1435Cina Tradisional: 鄭和, Cina Ringkas: 郑和, pinyin: zhèng hé, Wade-Giles: Cheng Ho; nama asli: Cina Tradisional: 馬三寶, Cina Ringkas: 马三宝, pinyin: Mǎ Sānbǎo; nama Arab: حجّي محمود شمس Haji Mahmud Shams) ialah pelaut dan pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 4000-tahun China. Dikenali juga sebagai Mah Sam Po (Cina Tradisional: 馬三寶, Cina Ringkas: 马三宝, pinyin: mǎ sān bǎo), beliau mengetuai armada China sebanyak tujuh kali ke tiga puluh buah negara di serata alam MelayuAsia SelatanTimur Tengah, dan juga benua Afrika, hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika. Pelayarannya telah dirakamkan dalam karya "Sida-sida Sanbao ke Lautan Barat" (三保太監下西洋) atau "Zheng He ke Lautan Barat". 

Dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan, sebuah provinsi Mongol ketika itu yang terletak beberapa minggu perjalanannya dari pelabuhan terdekat, Zheng He merupakan orang Cina berketurunan Asia Tengah. Anak kepada seorang pegawai luar bandar, beliau ditangkap oleh tentera Cina yang menggulingkan Dinasti Mongol pada tahun 1382Dikembiri, beliau dilatih menjadi sida-sida empayar dan ditugaskan ke istana Zhu Di, putera Yan yang mahir berperang. 

Dalam tempoh 20 tahun, Zheng He telah menjadi salah satu pembantu utama putera Yan, serta juga ahli strategi utama dalam pemberontakan yang menyebabkan Zhu Di (dengan gelaran Maharaja Yongle yang secara harfiah bermaksud "Maharaja Kebahagiaan Abadi") menjadi maharaja Dinasti Ming yang ketiga pada tahun 1402. Dinamai semula sebagai Zheng oleh Maharaja selepas kemenangannya dalam pertempuran di Zenglunba yang terletak berhampiran dengan Beijing, beliau kemudian dilantik untuk mengetuai salah satu angkatan tentera laut yang paling kuat di dunia ketika itu.  Misinya membuktikan kehebatan dan keupayaan pengurusan dan teknologi, tetapi tidak membawa kepada perdagangan yang besar. Ini disebabkan Zheng He merupakan seorang laksamana dan pegawai, bukannya pedagang. 


Pada tahun 1424, Maharaja Yongle mangkat. Penggantinya, Hongxi (memerintah 1424 - 1425), memutuskan untuk mengurangkan pengaruh sida-sida di istana. Zheng He melakukan satu lagi pelayaran di bawah Maharaja Xuande (memerintah 1426 - 1435) tetapi selepas itu, pelayaran kapal harta karun China berakhir.

Menurut buku SELAYANG PANDANG SEJARAH MADURA yang dibuat oleh DR Abdurrahman [perlu rujukan], Laksamana Zheng He tewas dalam pertempuran dengan Pangeran JOKOTOLE / Pangeran Secodiningrat III / Pangeran Setyodiningrat III dari Kerajaan Sumenep di Pulau Madura.

Sebuah peta yang lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Zheng He adalah sebahagian daripada barang bukti kenyataan Menzies. Peta tersebut sudah ujud sebelum Columbus memulakan ekspedisinya lagi. Menzies bertambah yakin setelah meneliti kesahihan bahan-bahan bersejarah tersebut.

Dari bukti-bukti kunci yang dapat menggubah alur sejarah ini, Menzies mengatakan bahwa sebahagian besar peta atau pun tulisan navigasi Cina kuno bersumber pada masa pelayaran Laksamana Zheng He. Penjelajahannya sehingga sampai di benua Amerika mengambil waktu antara tahun 1421 dan 1423. Sebelumnya armada kapal Zheng He berlayar menyusuri jalur selatan melewati Afrika dan sampai ke Amerika Selatan.



Huraian astronomi pelayaran Zheng He ada menyatakan, pada larut malam yang kelam saat terlihat bintang selatan sekitar 18 Mac 1421, lokasinya  berada di hujung selatan Amerika Selatan. Perkara tersebut kemudian diulangi oleh Menzies dengan menggunakan software Starry Night dengan membandingkan peta pelayaran Zheng He. “Saya memprogramkan Starry Night memasuki masa pada tahun 1421 serta bahagian dunia yang diperkirakan pernah dilayari ekspedisi tersebut,” ungkapan Menzies yang juga seorang navigator dan mantan komandan kapal selam angkatan laut Britian. Dari sini, beliau akhirnya menemukan dua lokasi berbeda dari pelayaran ini dari  catatan astronomi (bintang) ekspedisi Zheng He.





Dalam bukunya "Tinjauan Am Pesisiran Laut" (Cina: 瀛涯勝覽, Yíngyá shènglǎn) yang ditulis pada tahun 1416, Ma Huan, seorang daripada penulis dan penterjemah Zheng He, mempericikan pemerhatiangnya tentang adat dan kehidupan penduduk pelabuhan-pelabuhan yang mereka lawati.

Batu bertulis "Pahatan Tribahasa Galle", yang didirikan oleh Zheng He lebih kurang pada tahun 1410 di Sri Lanka merakamkan perincian tentang pemberian emas, perak dan kain sutera yang disampaikan Zheng He bagi pihak maharaja di sebuah kuil gunung. Juga, sebuah tiang di kuil dewi Tao Tian Fei di wilayah Fujian merakamkan perincian pelyarannya. Ia tertulis:Kami telah merentasi lebih 100,000 li (50,000 kilometer) perairan besar dan melihat ombak laut sebesar gunung di langit, dan kami melihat tanah kaum gusar yang tersorok jauh dalam keheningan biru wap cahaya, sementara layar kami yang berkibar bagai awan siang dan malam, meneruskan perlajanan selaju bintang merentangi ombak garang seolah kami menyeberangi jalan raya awam..."—Didirikan oleh Zheng He, Changle, Fujian, 1432. 

Orang Cina sudah berada di Melaka semasa ketibaan Zheng He di sana. Ma Huan merujuk kepada mereka sebagai tángrén (Cina: 唐人). China zaman Ming mendapati Melaka sangat berguna sebagai tempat persinggahan bagi pembekalan kapal, dan negeri Melaka menerima banyak hadiah daripada armada Zheng He. Sultan Melaka serta permaisurinya melawat China dengan diikuti 540 orang Melaka dan hadiah-hadiah. Sultan Mansur Shah (bertakhta kerajaan tahun 1459–1477 M) kemudiannya mengirim Tun Perpatih Putih sebagai dutanya ke China dengan membawa surat Sultan kepada Maharaja Ming China. Surat ini meminang anak perempuan Maharaja dan pada tahun 1459, seorang puteri, (Hang Li Po atau Hang Liu), dihantar ke Melaka oleh Maharaja Ming sebagai isteri Sultan Melaka. Puteri tiba dengan 500 orang anak lelaki menteri dan beberapa ratus pengasuh dan pembantu. Mereka kemudiannya tinggal di Bukit Cina, Melaka. Dipercayai ramai daripada mereka berkahwin dengan orang tempatan. Waris mereka dikenali sebagai Peranakan dan masih mengguna pangkat Baba (lelaki) dan Nyonya (wanita).

Hari ini di Malaysia, ramai orang mempercayai bahawa Laksamana Zheng He atau Cheng Ho (meninggal dunia pada tahun 1433) yang menghantar puteri Hang Li Po ke Melaka pada tahun 1459. Walau bagaimanapun, tidak ada catatan berkaitan Hang Li Po (atau Hang Liu) dalam pensejarahan Dinasti Ming. Beliau disebut hanya dalam Sejarah Melayu.


No comments:

Post a Comment

Masih ad-Dajjal Al-Masih ad-Dajjal ( Arabic : المسيح الدجّال‎ Al-Masīḥ ad-Dajjāl, Arabic for "the false messiah "), is an evil...