Thursday 4 October 2012


Nazi



Digambarkan kepada kita bahawa Nazi Jerman adalah pihak rejim pemerintahan diktatorisme yang kejam dan bersifat ultra nasionalis. Namun adakah benar dakwaan yang diutarakan oleh sarjana barat ini? Suatu pendedahan yang mungkin sesetengah individu tidak mengetahuinya iaitu mengenai wujudnya sebuah divisyen dalam angkatan ketenteraan Nazi Jerman yang dianggotai oleh tentera beragama Islam. Mereka juga mempunyai anggota yang terdiri daripada beberapa bangsa di dunia ini. Ini menangkiskan dakwaan bahawa parti nazi ini mengamalkan semangat nasionalis yang kuat.


Mufti Palestin Sedang Berbincang Dengan Tentera Muslim Handschar.




Gambar Di Atas dan Bawah Menunjukkan Tentera Muslim
Divisyen Handschar Sedang Menunaikan Solat Berjemaah.






Logo Helang Yang Menjadi Logo Pemerintahan Reich/kediktatoran Adolf Hitler,
Logo ini merupakan Adaptasi Dari Logo Kerajaan Rom dan Diteruskan Penggunaannya oleh Republik Weimar dan Akhirnya Digunakan Oleh Kerajaan Nazi Jerman di Jerman.


Seandainya kita membaca sejarah yang ditulis oleh sarjana barat, kita akan menemui satu pendapat teori sejarah dari mereka yang mengatakan bahawa pihak Nazi Jerman ini adalah pemerintahan yang bersifat perkauman. Kerana mereka telah menghalang kaum yahudi dari menduduki dan mendapatkan pembelaan dari kerajaan Nazi Jerman. Kerana itulah pihak berikat yang terdiri dari USA, Britain dan Perancis telah bergabung tenaga menyerang Nazi Jerman dengan alasan membawa demokrasi ke sana dan menyelamatkan rakyat Jerman yang tertindas. Sedangkan hakikatnya hanya bangsa Yahudi dan bangsa yang memberontak kepada nazi sahaja yang tidak mendapat pembelaan. Sudah semestinya begitu, Nazi Jerman tidak akan membela golongan mereka yang menentang nazi. 

Berikut adalah gambar-gambar bukti yang menunjukkan ketumbukan tentera Nazi Jerman yang disertai oleh pelbagai bangsa sekaligus melenyapkan dakwaan bahawa Nazi Jerman mengamalkan dasar nasionalis yang kuat dalam negara Jerman dan negara jajahannya.



Tentera Nazi Berbangsa Afrika.


Tentera Nazi Berbangsa Arab.


Tentera Nazi Berbangsa Azerbaijan.


Tentera Nazi Dari Bangsa Checnya.


Tentera Nazi Berbangsa Korea/Cina


Seorang Pegawai Nazi Berbangsa India


Tentera Nazi Berbangsa Sikh.


Ketumbukan Tentera Nazi Berbangsa Turmenistan

Semua kuasa besar ketenteraan dunia sewaktu itu seperti USSR/Soviet Union, USA, Great Britain dan negara-negara lain telah bergabung tenaga menyerang Nazi Jerman dan menghancurkan kepimpinan diktator Adolf Hitler. Akhirnya pada 7 dan 8 Mei 1945, secara rasminya Nazi Jerman berjaya digulingkan dengan pengeboman yang maha dasyhat di pusat pemerintahan utama Nazi di Berlin, Jerman. Namun mayat Adolf Hitler tidak ditemui dan menurut pendapat sejarawan apabila pegawai-pegawai tinggi nazi ditangkap, mereka mengatakan bahawa pemimpin tertinggi nazi itu telah mati akibat meminum racun dan mayatnya telah dibuang oleh pegawai kanan tertinggi yang menjadi penasihat Adolf Hitler. Penasihat itu sendiri akhirnya terkorban dalam pengepungan terhadap bangunan utama kepimpinan nazi itu. Di bawah ini merupakan antara beberapa gambar yang diperoleh sewaktu pengepungan terhadap Berlin dan selepas peristiwa penyerahan Nazi Jerman kepada pihak berikat.


Kawasan Istana Pemerintahan Nazi Jerman Yang Dijadikan Sebagai
Kawasan Tanaman oleh Penduduk Berlin Yang Kelaparan Tanpa Bekalan Makanan.



Gambar Di Atas Dipercayai Gambar Terakhir Adolf Hitler Yang Diambil Sewaktu
Beliau Memberikan Semangat Kepada Tentera Kanak-kanak Berlin
Untuk Berjuang Mempertahankan Berlin.


Laluan Jalanraya Di Kota Berlin Yang Dipenuhi Piung-piung Runtuhan Bangunan Akibat Pengeboman Berminggu-minggu oleh Pihak Tentera Berikat.


Ketumbukan Tentera USSR/Soviet Yang Sedang Mengebom Kota Berlin Dari Setiap Penjuru Walaupun Ketika Itu Tentera Nazi Jerman Sudah Tidak Berupaya Untuk Menyerang Balas.


No comments:

Post a Comment

Masih ad-Dajjal Al-Masih ad-Dajjal ( Arabic : المسيح الدجّال‎ Al-Masīḥ ad-Dajjāl, Arabic for "the false messiah "), is an evil...