Posts

Showing posts from October, 2012
Image
Tak Hilang Di Dunia Laksamana Hang Tuah Melayu itu ialah bangsa PEDAGANG. Sejarahwan mengatakan bahawa Melayu antara bangsa di dunia yang mempunyai six sense dalam ilmu pelayaran selain daripada Phoenicia, Norseman dan Viking. Dalam erti kata lain, Melayu mempunyai ilmu pelayaran yang tinggi. Sebagai bukti, ambil kisah Magellan sebagai pendoman. Bukan lelaki yang bernama Magellan ini yang menjadi orang pertama berjaya mengelilingi bumi tetapi Panglima Awang/Hitam atau Enrique yang dilantik sebagai nahkoda kapal selepas kematian Magellan. Setiap orang Melayu yang lain, seperti Panglima Awang/Hitam telah mewarisi ilmu pelayaran, mereka  mengetahui arah mata angin dan jalan laut yang betul. Peraka ini banyak membantu Magellan memandu kapalnya sehingga berjaya mengelilingi dunia. Dan yang paling penting untuk orang Melayu tahu ialah Palinglima Awang/ Hitam itu ialah seorang bangsa MELAYU.  Tidak cukup dengan itu, orang Melayu kita pernah sampai ke Madagascar...
Image
The Great Bombard SEJAK beribu tahun dulu, manusia sering dikaitkan dengan perang, cuma ia berubah mengikut zaman, khususnya dari segi taktikal, persenjataan, jumlah korban dan puncanya. Apapun, setiap kali berlaku perang tanpa mengira sebabnya, ia sentiasa membabitkan penciptaan senjata baru.  Menyingkap sejarah perang Islam, sememangnya diakui tentera Muslimin adalah antara pasukan paling disegani sepanjang sejarah peperangan dunia. Usah dibangkitkan keberaniannya yang tiada tandingan kerana ganjaran mati syahid di medan perang sememang dinanti-nantikan tentera Islam.  Ditambah pula dengan ketaatan menunaikan solat ketika perang, itu sudah cukup membuatkan musuh sering terpukau dan timbul rasa gerun.  Angkatan Tentera Uthmaniah Membawa Meriam Raksasa. Itulah senjata utama umat Islam ketika menegakkan agama Allah tetapi mereka juga terkenal dengan taktik dan strategi perang serta inovasi persenjataan yang dianggap canggih pada zamann...
Image
Taming Sari Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah . Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah . Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata . Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera . Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati. Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Ke...
Image
Cheng Ho Tahukah anda, sebenarnya Laksamana Zheng He atau yang lebih dikenali dengan nama Laksamana Muhammad Cheng Ho adalah pelayar pertama yang menemui benua Amerika, pada sekitar 70 tahun sebelum Columbus. Sekitar 70 tahun sebelum Columbus memacakkan benderanya di daratan Amerika, Laksamana Cheng Ho sudah lebih dahulu berkunjung ke sana. Para peserta seminar yang diselenggarakan oleh the Royal Geographical Society di London beberapa waktu lalu telah sebulat suara mengesahkan perkara ini. Seorang ahli kapal selam dan sejarawan bernama Gavin Menzies dengan paparannya telah mendapat perhatian sejarawan seluruh dunia. Beliau tampil penuh yakin, menjelaskan teorinya tentang pelayaran terkenal dari pelaut mahsyur yang berasal dari negeri  Cina, Laksamana Zheng He (kita mengenalnya dengan Cheng Ho). Bersama bukti-bukti yang ditemukan dari catatan sejarah, beliau membuat kesimpulan bahawa pelaut serta juru mudi ulung dari dinasti Ming itu adalah penemu awal benua Am...
Image
Ali Napoleon Napoleon Bonaparte  adalah Seorang Muslim Siapa yang tidak mengenali Napoleon Bonaparte, seorang Jenderal dan Kaisar Perancis kelahiran Ajaccio, Corsica 1769.  Namanya terdapat dalam urutan sejarah, ia itu senarai yang ke-34 dari seratus tokoh-tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia yang ditulis oleh Michael H. Hart. Karier militer Napoleon sungguh hebat dan menarik. Kegeniusan gerakan taktiknya perangnya amat memukau, lantas digelarkan seorang Jeneral Perang yang digeruni.  Sebagai seorang yang berkuasa dan berdaulat penuh terhadap negara Perancis sejak Ogos 1793, seharusnya beliau merasa puas dengan segala apa yang telah diperolehinyaNamun demikian. ,rupanya kemegahan dunia tidak mampu memuaskan batinnya, agama yang dianutinya waktu itu ternyata tidak dapat membuat Napoleon Bonaparte merasa tenang dan damai. Akhirnya pada tarikh 02 Julai 1798, 23 tahun sebelum kematiannya ditahun 1821, Napoleon Bonaparte menyatak...
Image
Sequoyah Jika mengunjungi Washington DC, khususnya ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Terdapat satu transkrip perjanjian kerajaan Amerika Syarikat dengan suku kaum Cherokee (Red Indian Amerika), salah satu suku kaum Indian Amerika, pada tahun 1787. Pada kertas perjanjian itu terdapat tanda tangan Ketua Suku Cherokee ketika itu, bernama AbdeKhak dan Muhammad Ibnu Abdullah. Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk meneruskan kehidupan peradapan mereka dalam perdagangan, perkapalan, dan bebas melaksanakan undang-undang pemerintahan cara mereka. Bentuk pemerintahan suku Cherokee ketika itu berdasarkan perundangan agama Islam. Selain itu, terdapat juga cara kebiasaan berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat sedangkan kaum laki-lakinya memakai sarban dan berpakaian sehingga menutupi lutut. Cara berpakaian ini dapat dilihat dalam  gambar atau lukisan suku Cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Ketua suku terakhir ...
Image
Amerika - Columbus or Muslimin Ternyata sebelum kedatangan Christoper Columbus (yang disebut sebagai orang pertama menjumpai benua Amerika), umat Islam sudah terlebih dahulu menemukannya. Sebuah fakta yang tidak dapat dinafikan lagi  Islam sudah lebih dahulu berada di daratan luas yang kini bernama Amerika, jauh beberapa abad sebelum kedatangan Columbus yang mengakui sebagai penemu Amerika. Fakta yang mengukuhkan perkara ini ialah terdapatnya nama-nama serupa dengan kota suci umat Islam seperti Mecca di Indiana, Medina di Idaho, Medina di New York, Medina dan Hazen di North Dakota, Medina di Ohio, Medina di Tennessee, Medina di Texas yang paling besar dengan penduduk 26,000, Medina di Ontario Canada, kota Mahomet di Illinois, Mona di Utah, dan Arva di Ontario Canada, dan beberapa nama seperti California (Caliph Haronia), Alabama (Alah Bumnya), Arkansas (Arkan-sah) dan Tennesse (Tanasuh), T Allah Hassee (Tallahassee), Alhambra, Islamorada dan sekitar 500 lagi nam...
Image
Al Aqsa Masjid Al-Aqsa ( Arab : المسجد الاقصى), adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga( Tapak Ibadah Suci ) kepada Muslim dan Har ha-Bayit ( Kuil Suci ) kepada Yahudi . Masjid ini terletak di Baitulmuqaddis Timur , satu kawasan pertelingkahan yang ditadbir sebahagiannya daripada Israel tetapi dituntut oleh Palestin sebagai sebahagian daripada Palestin yang baru. Masjid terbesar di Baitulmuqaddis, ia boleh memenuhi lebih kurang 5,000 orang yang beribadah di dalam dan di sekitarnya. Masjid ini ditadbir oleh pihak Wakaf sejak zaman pendudukan Israel pada tahun 1967 . Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia mungkin diambil daripada Israk dan Mikraj , satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad s.a.w.(570-632). Berdasarkan pada ayat al-Quran , Nabi Muhammad...