Posts

Showing posts from 2013
Image
Nakba: Day Of The Catastrophe | 15 MAY 1948 Peristiwa Nakba yang menimpa Palestin 65 tahun yang lalu harus menjadi pengajaran yang penting bagi umat Islam sedunia. Tanggal 15 Mei 1948, merupakan tarikh yang harus dipatri ke setiap jiwa-jiwa umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Tarikh keramat ini merupakan detik hitam bagi seluruh penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan penduduk dunia Islam secara keseluruhannya. Tanggal 15 Mei 1948 adalah tarikh bagi penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin secara rasmi yang didokongi sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik (Etnic Cleaning), iaitu tige per empat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediamannya. Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha Negara Hal Ehwal Luar Negara, Athur Belfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu...
Image
Muhammad al-Fatih Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad saw pernah berkata: “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.” Sultan Muhammad II yang lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh (Pembuka Konstantinople) ialah salah seorang tokoh pejuang Islam dalam kalangan pemerintah selain beberapa orang lagi dalam kelompok yang sama seperti Sultan Salahuddin al-Ayyubi (Penyelamat Jerusalem) dan Sultan Saifuddin Muzaffar al-Qutuz (Penghancur Monggol). Dia menerajui umat Islam melalui Empayar Uthmaniyyah yang berpusat di Turkistan (Turki). Gelaran “Al-Fath” itu bersempena kejayaannya ‘membuka’ Konstantinople. Hadis ini telah membakar semangat sekian banyak tokoh dan tentera Islam untuk menakluki dan ‘membuka’ Konstantinople yang terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya. Dari semasa ke semasa ada saja perwira yang mahu diri mereka memenuhi maksud hadis Nabi itu. Sejak zaman para s...
Image
Abu Hurairah ra Abu Hurairah ialah salah seorang perawi hadith yang terkemuka. Beliau dilahirkan 19 tahun sebelum Hijrah. Nama sebenar beliau sebelum memeluk agama Islam  tidaklah diketahui dengan jelas, tetapi pendapat yang mashyhur adalah Abd Syams. Nama Islamnya adalah Abd al-Rahman. Beliau berasal daripada qabilah al-Dusi di Yaman . Kehidupan Abu Hurairah Walaupun Abu Hurairah r.a. merupakan seorang yang papa pada mulanya, dia telah dipinang oleh salah seorang majikannya yang kaya raya untuk putrinya, Bisrah binti Gazwan. Ini menunjukkan betapa Islam telah mengubah pandangan seseorang dari membezakan kelas kepada menyanjung keimanan. Abu Hurairah r.a. dipandang mulia karena kealiman dan kesalihannya. Perilaku islami telah memuliakannya, lebih dari kemuliaan pada masa jahiliah yang memandang kebangsawanan dan kekayaan sebagai ukuran kemuliaan. Sejak menikah, Abu Hurairah r.a. membagi malamnya kepada tiga bahagian: untuk membaca Al-Quran, untuk tidur da...
Image
Salahuddin al-Ayubbi Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orang Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri. Tiada siapapun yang menjangka sebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salib bahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampas kembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiah yang hebat. Dan tiada siapa yang menyangka pencapaiannya demikian hebat sehingga menjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuran sehingga ke hari ini. Stanley Lane Poole seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governor yang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ia akan menjadi orang hebat pada masa depan. Akan tetapi ia menunjukkan akhlak yang mulia. Walau bagaimana pun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untuk bakal...
Image
Khalid bin al-Walid Nama sebenarnya ialah Khalid bin Al-Walid bin Al-Mughirah Khalid ibni al-Walid ( 1 Julai 592 - 1 Oktober 642 ) ( Bahasa Arab : خالد بن الوليد‎; Khālid ibn al-Walīd) juga dikenali sebagai Saifullah al-Maslul (bermaksud Pedang Allah yang terhunus atau Pedang Allah), adalah antara panglima tentera Arab yang memainkan peranan penting dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Byzantine dan tentera Parsi pada kurun ketujuh. Beliau terkenal dengan kebijaksanaan dalam peperangan dan mengepalai tentera Islam ketika zaman Nabi Muhammad s.a.w. dan juga zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan Umar Al-Khattab . Pencapaian terulung ialah dimana beliau berjaya mengalahkan pasukan Byzantine dan Parsi dalam masa tiga tahun sahaja. Khalid ibn Walid adalah bangsa Arab berketurunan Quraisy yang pernah suatu menentang Nabi Muhammad s.a.w. Beliau merupakan seorang askar yang aktif ketika Perang Uhud menentang tentera Islam. Ketika Perjanjian Hudaibiyah , Kha...